Jom Tukar Kasut
Jom Tukar Kasut merupakan sebuah kisah kehidupan yang menjadikan kasut sebagai lambang sebuah perjalanan, pilihan, kemampuan dan pengalaman setiap insan. Sepasang kasut yang digunakan sebagai alas sepasang kaki mempunyai pelbagai cerita tentang bagaimana dan ke mana kaki melangkah, ke mana arah yang dituju dan sejauh mana kaki mampu berjalan. Buku ini dibaca santai dalam proses menukar kasut, mengajak semua menilai semula pilihan yang dibuat, menghargai kemampuan diri dan memahami perjalanan orang lain tanpa terlalu cepat menghukum.
Currently No Review